I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Ahad, Mac 08, 2009

Pindang Ikan Kembong


Ni menu yang zura buat baru-baru nie..sekarang baru nak upload....ni resepi mudah ja...sesuai bagi yang bz dan untuk penyediaan yang mudah & ringkas...tak byk kolesterol....tapi zura buat utk seekor ikan ja..lagipun ikan tu besar....cuba la yer..


Bahan-bahan :

1 ekor ikan kembong (besar)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (yang dibelah 6)
6 biji cili api ditumbuk (leh tambah byk jika suka)
1 batang serai (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 keping asam keping
sedikit daun kesom
Secubit belacan digaul dgn air
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Masukkan semangkuk air dalam periuk.

Bila dah mendidih masukkan bawang merah & putih, cili api, halia, serai, asam keping, serbuk kunyit, garam dan air belacan.

Reneh dgn api sederhana hingga bahan tersebut sebati.

Kemudian masukkan ikan, daun kesom dan bawang besar yang dibelah 6.

Didihkan lagi hingga ikan masak. Bila dah masak bolehlah dihidangkan ketika panas.

4 ulasan:

IxoR@ berkata...

Sy tau masak pindang ni...main campak2 je dlm periuk. Klu ganti dgn ikan parang lagi sedap kak...

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

oo..ye ke ixora..yang ada pun ikan kembong ja...a'ah..main campak2 ja..senang....jimat masa

~ eila'z ~ berkata...

uihh pindang ikan pon ader ek...
yang eila tau kat jb ni jerr yang ader telor pindang....

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

Ntah..ni pon amik dari resepi...cuma kak zura ubahkan skit resepi tu...