I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Selasa, Mac 03, 2009

Asam Pedas Ikan Pari

Ini menu yang zura masak untuk makan malam tadi...ikan pari tu zura beli kat pasaraya Econsave Puteri Jaya, Sg. Petani...pagi Ahad kemarin..zura tak tahu nak masak apa dgn ikan pari nie..zura mmg tak makan..tak tahulah ngapa..masa kecik-kecik mkn ja...mai besar nie..tak mkn lak..ini pon sbb husband makan...last-last zura carik resepi..dari internet. Zura ubah skit resepinya..dgn cara zura...

Bahan-bahan :

10 ketul Ikan Pari
1 mangkuk air asam jawa
5-6 tangkai daun kesum
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
1 keping asam keping
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Bahan Mesin :

2 labu bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1 cm belacan
8 sudu besar cabai kering (yang dah dimesin)
sedikit air

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan mesin hingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan reneh hingga mendidih.
3. Masukkan serai,asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan pari dan biar hingga mendidih sedikit.
5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum hingga lembut.
6. Perlahankan api..bila dah naik minyak...leh la tutup api.
7. Hidang bersama nasi putih.


Oklah kawan-kawan..cuba la...husband kata sedap..ermm..kira berjaya la resepi asam pedas ikan pari kali nie...

2 ulasan:

Ixora berkata...

Wah...nampak menyelerakan....feveret sy juga makan asam pedas nih!

aZuRa AhMaD berkata...

ixora..meh la..mai umah kak zura..nanti kak zura buatkan...hehehe..tu ler asam pedas yang akak rasa paling sedap dibuat selama nie...tau..