I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 07, 2011

Kek Epal Harum


Askum...salam hari jumaat...



semalam zura buat kek epal...tingin nak buat kek nie lama dah...bila tgk tuan blog yg lain dah buat...nak la jugak try...cuma zura ubah ja resepi...sbb guna bahan yg ada jaa....sedap...dgn bau haruman serbuk kayu manis..teringat lak pai epal McD...hehe...nak tak resepi....resepi asal zura amik dari Teratak Impian . Nama kek pon zura ubah....Kek Epal Harum....sbb bau harum kayu manis tu la...




sedap btul dgn rasa masam epal hijau yang ranum dlm kek tu...bau serbuk kayu manis...cuba tau...



KEK EPAL HARUM

Bahan-bahannya :
Bahan A
250 g butter (cap Puteri yg peket)
230 g gula halus (zura guna 200gm)

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt (saya guna krim masam sahaja) (zura guna 3 tudung susu segar)

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat (yg ni tak guna)
Bahan E
3 biji epal hijau dibuang kulit dan potong kiub
50 g sultana (yang ni tak letak)
1/2 tsp serbuk kayu manis air masak setengah cawan
Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Maukkan bahan E. Gaul sebati dengan sudip kayu saja. zura masukkan air sbb bahan terlalu likat.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.


zura terbeli marjerin peket cap Puteri..jadi malas nak beli yg lain..jadi zura guna la..ok gak..sedap..selalu zura guna majerin Daisy..

Selasa, Disember 07, 2010

SANDWICH TELUR REBUS



Askum..

Ari ni zura sorang kat umah pada cuti Awal Muharam...cik abg keja...ari jumaat & sabtu nie baru cik abg off..apa nak buat bila kuar mencari rezki...pagi tadi zura breakfast dgn sandwich telur ja...kebetulan ada telur rebus kenduri...dlm peti sejuk..zura nak syer cara nak buat sandwich nie..simple ja...jap ja dah bleh makan....zura buat 2 set sandwich





SANDWICH TELUR

Bahan-bahan :

4 keping roti (bakar dulu dgn pembakar roti)
2 biji telur rebus (dibuang kulit)
2 keping kepingan keju
1 biji tomato
salad
lada hitam (ajinomoto)
sos cili

Cara-cara :
  1. Telur rebus dilecek dengan lada hitam. Takyah masuk garam sbb dah rasa garam dlm lada hitam tu.
  2. Ambil roti dan hiaskan dgn salad, telur rebus, buah tomato, sos cili dan kepingan keju. Akhir sekali roti pada atas inti tadi...tadaa..dah siap pon..senangkan...bahan leh dipelbagaikan...ini resepi simple ja dari zura...





Isnin, November 22, 2010

IKAN DOWRY MASAK CABAI



Askum..selamat mlm...
sihat ka semua..dah mkn?? takpun berehat-rehat sambil tgk tv...zura cam biasa...kalau ada cik abg haruslah masak utk mkn mlm...balik dari keja berperang lak dgn periuk belanga..hehe..tadi zura masak ikan dowry...yg dok ada kat peti sejuk..tu pon ada lagi 2 bungkus...beli masa tesco buat sale..dgn harga RM5 dgn pembelian 2 bungkus...apalagi..zura pon rembat la...

zura masak pon simple ja...lagipon cepat....nak masak...nak ker resepi??? zura masukkan gak la resepi wpun simple yer...masak cara zura...main campak-campak bahan ja....





IKAN DOWRY MASAK CABAI

Bahan-bahan :

2 keping ikan dowry
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 biji bawang besar (potong ikut suka)
1 batang cabai merah (dipotong serong)
3 batang cabai melaka (dipotong serong)
4 sudu cabai kering mesin
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sayur campuran
1 inci halia (yang dihiris nipis)
kunyit dan garam
tepung jagung

Cara-caranya :

  1. Ikan dowry dipotong dan dicuci dgn buah limau nipis @ kasturi utk hilangkan hanyir ikan. Kemudian dilumur dgn kunyit dan garam dan dicelup dgn tepung jagung dan digoreng. Ketepikan ikan yang sudah digoreng.
  2. Panaskan minyak dan tumis bwg merah, bwg putih dan halia. Masukkan cabai mesin sehingga cabai masak dan masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam.
  3. Bila cabai dah masak masukkan pula sayur campuran dan gaul sebati.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, cabai merah & cabai melaka. Kacau hingga sebati dan masukkan masukkan ikan yang telah digoreng sekejap kemudian angkat.
  5. Bolehlah dihidang ketika panas. Sedap dgn rasa rangup ikan yg digoreng dgn tepung jagung.




Ahad, Julai 25, 2010

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG



Bestnya ari ni...sejuk ja rasa..ptg tadi ujan sampai
sekarang pon tak berenti lagi...hilang la rasa panas
yang melanda...

ari ni pas balik keje..mula la operasi memasak
memandangkan asben pon cuti ari ni & esok
kalau tak..jgn harap la zura nak memasak
kalau masak pon mmg tak abis sbb asben
keja..nak makan sorang pon tak lalu

2..3 ari lepas..zura jejalan blog resepi kwn-kwn
pastu nampak satu resepi ni kat blog
Kak Wana iaitu Asam Pedas Ikan Kembung
kebetulan bahan pon dah ada...zura
pon cuba try ikut resepinya..

zura bagi resepi..sapa nak cuba try la..
tp zura ubah skit resepinya...




ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

6 ekor ikan kembung disiang dan dibersihkan
(lumurkan ikan dgn serbuk kunyit & garam kemudian digoreng)
6 sudu cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
4 tangkai cabai merah (dikisar)
6 tangkai cabai melaka (dikisar)
1 biji tomato besar (dikisar asing)
Daun kesum
6 sudu air asam jawa
Garam
Sedikit air

Cara-caranya :

  1. Goreng ikan terlebih dahulu
  2. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak
  3. Masukkan tomato yg dikisar, air asam jawa dan sedikit air
  4. Bila kuah menggelegak sesuaikan rasa dgn garam
  5. Masukkan daun kesom dan kacau hingga sebati
  6. Tutup api dan curahkan kuah tadi ke atas ikan goreng
Selamat mencuba....





Sayur bayam goreng ni..ramai yg reti buat
takyah la masukkan resepi..hehe

asben pon kata sedap asam pedas tu...
lagipon ringkas ja resepinya...


Ahad, Julai 11, 2010

MASAK CABAI ASAM IKAN GELAMA



Panas lagi nie...hehe..
zura baru masak ptg tadi...
asben zura bawa balik ikan gelama
yang dipancing pagi tadi dgn kwn..
tak taulah pancing kat mana tapi
selalunya kat pulau sayak la...

zura mmg tak bersiang la ikan nie..
bau hanyir skit..nak termuntah ja..
ikan basuh dgn limau kasturi...ilang la hanyir
asben la tolong siangkan....
zura lak tolong masakkan...

zura masak cabai asam ja...
sedap tau..resepi ringkas ja...cepat dimasak
nie resepi dari mak zura..masa zura
anak dara dulu..selalu buat utk adik2 mkn
adik yg kecik tu cukup suka..makan

ikan yg dah dibasuh..pastu digoreng dgn kunyit + garam


tadaa...dah siap pon...
tenggelam ikan tu dgn bwg besar dan cabai


gambaq dekat...sedapkan...
nak ker resepi???


MASAK CABAI ASAM IKAN GELAMA

Bahan-bahannya :

Ikan gelama yg telah digoreng
1 biji bawang merah dihiris
1 ulas bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 btg cabai merah (dihiris serong)
3 btg cabai melaka (dibelah dua)
3 sudu cabai kering mesin
1 sudu kecil asam jawa Adabi
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Minyak

Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris. Bila bwg layu masukkan cabai mesin. Masak sebentar.
  2. Masukkan air asam jawa. Kacau dan masukkan pula gula & garam. Ikut sesedap rasa ye.
  3. Bila dah menggelegak skit masukkan bwg besar, cabai merah & cabai melaka. Kacau sebati dan bila bawang besar dah layu skit, angkat dan curahkan atas ikan.
  4. Boleh juga masukkan buah tomato @ apa jua bahan yg dirasakan sesuai. Bukan setakat ikan gelama ja...ikan lain pon bleh juga..Selamat mencuba..

Ahad, Julai 04, 2010

SAMBAL TELUR REBUS

Hai..selamat mlm....
tghari tadi kenduri umah tok long zura
ari ni zura keja..jadi pegi time rehat la..
jumpa mak kat tmpt kenduri...

dapat lak bunga telur....ada 5 biji...
jadi zura pon buatlah sambal tadi...
leh bawa ke tmpt keja esok....lagipon
asben pon balik pagi nanti....sebelum gi keja
leh la asben makan dulu
bgn pagi nanti hanya panaskan saja..
masak nasi dan goreng ikan gelama masam
sedapnya....meleleh ja air liur...hehe

lagipon telur rebus tak elok simpan lama-lama..
sgt simple resepinya...ada ke yg nak cuba??
takpa la..zura masukkan juga resepi...
Selamat mencuba..




SAMBAL TELUR REBUS

5 biji telur rebus
5 sudu besar cabai kering mesin (nak lebihkan pon takpa)
3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1/2 inci belacan dimesin dengan cabai kering
1 sudu besar gula
1 biji bawabg besar yang dipotong
garam
perasa
sedikit air asam jawa
minyak utk menumis

CARA-CARANYA :

  1. Telur rebus digoreng dgn minyak hingga kulit telur kekuningan sedikit kemudian angkat.
  2. Tumiskan bahan yang dimesin tadi hingga wangi dan kemudian masukkan gula.
  3. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan telur.
  4. Masukkan garam, perasa dan air asam jawa. Kacau hingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacau sebentar.
  6. Bila dah masak hidangkan dgn nasi...sedap mkn ketika panas..

Jumaat, Jun 18, 2010

DONUT



Petang tadi zura cuba buat donut..
ni la kali pertama cuba buat...selalu beli ja
ingatkan susah nak buat tapi senang ja

semlm zura jejalan blog resepi kwn-kwn
tgk lak donut..ishh..tingin btul nak buat..
ni la hasilnya...wpun baru pertama kali buat
lagipon..asben suka..anak menakan pon suka


donut tgh tunggu nak goreng


donut tgh digoreng...


nie la hasilnya....


meriahkan dgn coklat....


isi dlm bekas...bagi kat family..pakat-pakat mkn
adunan selebihnya zura simpan dlm peti ais..
buat utk asben lak...pagi nanti


ada sapa-sapa yg nak resepi...
zura letakkan resepi sekali..


DONUT

Bahan-bahannya:

  1. 500gm tepung gandum @ tepung berprotein tinggi
  2. 1 peket yis cap mauripan @ pelbagai cap
  3. 50 gm marjerin
  4. 1 sudu besar shortening (lemak sayuran)
  5. 2 sudu besar gula
  6. 2 sudu susu pekat
  7. 1 biji telur
  8. 1/2 sudu kecil garam
  9. 200 mlm air suam

Cara-caranya:

Di dalam bekas ,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih ,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati. Ayak lagi tepung selebihnya, uli menggunakan tangan. Uli sehingga dok sebati dan tidak lekat di tangan & bekas. Jika melekat juga...masukkan tepung sedikit-sedikit hingga adunan tidak melekat.

Canaikan adunan & terap dgn acuan..zura guna mulut gelas ja pastu lubangnya guna jari ja sbb takdak acuan donut.

Goreng dgn api yg sederhana....salut dgn gula @ coklat..ikut kreativiti masing-masing

Selamat mencuba yaa....

Sabtu, April 24, 2010

KUIH CARA MANIS

Haii...busannya ptg nie..nak buat apa pon malas ja..
tetiba ja..tingin nak mkn kuih cara manis nie...
bahan lak dah ada kat dapur tu...
jadi zura pon dgn gigihnya...buat la
kuih cara nie...sedap mkn petang camni..
buat pon sikit ja...lagipon en. somi takdak..
sbb gi keje...jadi buat utk ngap dlm mulut
dan selebihnya bagi kat mak abah rasa...






KUIH CARA MANIS


Bahan-bahannya :

100 gm tepung gandum
200ml santan
pewarna hijau 2..3 titik
1 biji telur ayam
1/2 sudu garam
sedikit air
gula utk inti

Cara-caranya :
  1. Campurkan tepung gandum, santan, garam dan telur. Kacau sebati. Kemudian masukkan pewarna hijau. Jika adunan pekat, campurkan sedikit air. Tidak terlalu pekat @ cair.
  2. Panaskan acuan, sapu dgn myk masak. Masukkan adunan tepung tadi, biar sekejap, kemudian masukkan 1/2 sudu kecil gula pada setiap acuan kuih dan tutup acuan tersebut.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus. Jika kuih dlm acuan lekang jika dicungkil, bermakna kuih cara tadi dah masak...Selamat Mencuba

Isnin, April 05, 2010

POPIA GORENG



Hai semua...sihat ka...zura pon dh 2 ari mc
disebabkan kurang sihat...
sedapnya tgk gambar popia tu...
popia tu zura buat ari ptg jumaat baru-bari nie
ptg tu lak ujan..apalagi buat la popia...
cik abg lak ada kat umah....
syok la skit nak buatnya...
bagi cik abg zura nie mkn...

disini zura masukkan resepi....
mudah ja nak membuatnya
sila la ambil yaa...


POPIA GORENG

Bahan-bahannya :

Kulit popia
1 batang lobak merah (diparut)
1 biji sengkuang (diparut)
Taugeh
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
4 batang isi ketam (dipotong nipis-nipis)
1 sudu kecil lada hitam
Garam

Cara-caranya :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih & bawang merah kemudian masukkan isi ketam.
  2. Masukkan lobak merah & sengkuang yang telah diparut. Kacau sebati. Masukkan serbuk lada hitam.
  3. Bila bahan tadi dah sebati masukkan tauge. Masukkan garam. Jgn goreng terlalu lama utk elaklan bahan-bahan goreng tadi layu.
  4. Angkat bahan inti tadi dan tapiskan untuk buang air bahan inti tadi.
  5. Bila inti sejuk gulungkan dlm kulit popia dan lekatkan ujg gulungan kulit popia dgn air. Cara ini pon mudah lekatkan kulit popia.
  6. Goreng dalam minyak yg byk dgn api yang sederhana hingga kulit popia warna keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

Untuk sos :

  1. Sos cili
  2. Cili kering yg dimesin
  3. Setengah ketul gula merah (gula merah utk inti buah melaka tu)
  4. Sedikit air
  5. Garam

Campur semua bahan di atas dan dimasak. Kuantiti bahan ikut individu masing-masing.
Kalau nak pedas..tambah lebih banyak. Masak hingga naik buih dan sejukkan.
Kemudian siram atas popia...dan taburkan serbuk kacang.



Inti utk popia goreng


Popia yang dah siap digulung


Tadaaa....ni la hasilnya...


Sedap sgt..sampai cik abg dok puji ja
alhamdulillah...bila ja cik abg puji
kdg-kdg kita rasa dihargai dan semangat
nak memasak tu berkobar-kobar
wpun masakan kita tak la berapa sedap ka
tapi air tgn isterilah...akan menambat hati
suami kita..tul tak???
zura pon tak lupa bagi skit utk
mak & abah rasa....


Isnin, Mac 29, 2010

JAMU KEK OREN KAT OPIS



Askum...hai semua..sihat ker....alhamdulillah..
ptg tadi hujan..hujan yg sgt la lebatnya..
rasa panas pon kuranglah skit..

semalam zura buat kek oren utk jamu
kwn-kwn opis..selain tu ada jugak laksa
buat kek nie sempena besday zura yg
lalu...laksa pula salah sorang pegawai
yang belanja sempena besdaynya jugak...
laksa tu oder ja

Kek ni pas ja abis bakar..sedap tau..wangi ja


Kek yang dipotong utk dibawa ke opis
Alhamdulillah...dpt pujian ari kwn-kwn
siap minta resepi lagi....sib baik la zura ingat
sebelum gi keja..bagi kat mak skit..
bagi mak rasa...ptg tadi singgah umah mak..
kebetulan adik pon ada..nak amik
anak-anaknya yg mak ngasuh..
mak kata...ada gak sorang yg ikut
mcm mak..suka buat kek...
zura suka mencuba...pastu
jamu family @ kwn-kwn rasa...

rasanya...lemak dan lembap...
zura buat pon tak manis sgt...

ingat nak buat lagi...nak bagi untuk
mak dan jiran.....khamis ni leh kot..
sbb jumaat tu dah cuti..

ada ke sesapa nak resepi....????
kalau nak..amik kat bwh ni yer....


KEK OREN

Bahan-bahannya :

250 gm mentega (zura guna cap daisy)
1 1/2 cawan gula castor
3 cawan tepung kek
5 biji telur (gred B) @ 6 biji (gred C)
1 biji oren sunkist (parut kulit & perah jusnya)
3 @ 4 sudu besar oren sunquick
1/2 cawan susu segar Dutch Lady
Soda bikarbonat (serbuk penaik)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya :
  1. Putar mentega dgn gula kastor hingga kembang
  2. Bila dah kembang masukkan telur satu persatu
  3. Kemudian masukkan tepung kek yang dicampur dgn serbuk penaik berselang seli dgn susu segar satu persatu hingga habis
  4. Masukkan kulit oren & jusnya serta oren sunquick, kacau sebati
  5. Masukkan esen vanilla dan kacau
  6. Masukkan dalam acuan yang disapu dgn mentega dan kertas minyak. Bakar hingga masak

* Sukatan bahan yang menggunakan cawan..hendaklah
menggunakan cawan yang sama ya.....

Rabu, Mac 24, 2010

SPAGHETI DAGING MERIAH

Askum..amboi...lama zura tak en3 citer baru
jadi ada la citer-citer basi yang nak dientrikan..
ada gak kan..citer...jadi kalau yg bosan tu
maaf la ya...kalau yang menantikan en3 dari
zura tu...tima kasih bebanyak ya...

Kali nie...zura nak en3 ttg spagheti yg dibuat
minggu lepas...lagipon lama tak buat..
rasa teringin lak nak makan...
asben lak cuti...best la skit nak masak
utk asben...

nak resepi??? layan jerlah resepi kat bwh ni ya...
apsal Spagheti Daging Meriah??
sbb mcm-mcm bahan yg meriahkan kuahnya...


SPAGHETI DAGING MERIAH

Bahan-bahannya :

Sebungkus spagheti
Sebungkus daging cincang (dibasuh)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji bawang besar putih (dicincang)
1 tin cendawang butang (dihiris)
1 botol sos spagheti tradisional (zura amik kimball)
1 bungkus bebola daging (dibelah 4)
Cili capcisum hijau & kuning (potong ikut kreativiti)
1 sudu besar cabai kering mesin
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu oregano
Garam
Minyak masak



Cara-caranya :

1. Spagheti direbus dgn air yang dicampur dgn sedikit minyak. Bila dah masak angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak kemudian gorengkan bebola daging sekejap kemudian diangkat.
3. Tumis bawang putih & bawang besar putih separuh garing. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging masak.
4. Bila daging dah masak masukkan cabai kering mesin, serbuk lada hitam dan sos spagheti. Gaul bahan tersebut.
5. Masukkan cendawan butang dan gaul lagi.
6. Masukkan oregano dan garam.
7. Akhir sekali masukkan cili capsicum. Kacau sekejap dan tutup api.
8. Spagheti bolehlah dimakan apalagi bila kuah spagheti masih panas.


Sedap guna sos spagheti tradisional nie..


Spagheti jenis San Remo


Kuah spagheti yg dah siap dimasak....
sedap...cubalah yer...resepi ni utk makan ramai...
kalau tak ramai...buat setengah dah la..
Cili capcisum tu..tak semestinya hijau & kuning
merah pon lagi menarik...zura nak abiskan
cili capsicum tu...ader pon kuning & hijau ja...
Selamat mencuba yaa....

Rabu, Mac 17, 2010

GULAI NENAS IKAN TALANG



Hai semua...terliur ke?
gulai ni..zura masak minggu lepas
baru skang nak apdet...
tingin sgt nak makan gulai nenas ikan talang
kebetulan ikan talang yg dibeli kat
tanjung dawai tu ada lagi...seekor..besar...
maka..carilah nenas....utk dibuat gulai
nak tak resepinya??? kalau nak amik la ye..


GULAI NENAS IKAN TALANG

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan talang masin (dipotong & direndam) - beli aritu seekor besar
1 kotak santan cap Ayam (santan asli pon boleh)
1 peket serbuk kari ikan
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu cabai mesin
1 biji nenas separuh masak
1 tangkai daun kari
Sedikit air
Garam

Cara-caranya :

Bawang merah & bwg putih dipotong dan separuhnya ditumbuk. Bwg yg ditumbuk & cabai mesin dicampur dgn serbuk kari yg dibancuh dgn air panas.

Tumis bwg & daun kari kemudian masukkan bancuhan kari ikan tadi hingga pecah minyak.

Masukkan ikan kering talang dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan nenas dan sedikit air. Masak dlm 5 minit.

Kemudian masukkan santan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

Hidang ketika panas.



Jumaat, Februari 12, 2010

KETAM KARI PEDAS

Isnin baru-baru nie...husband minta buatkan masak ketam
buatlah masak apa pun..janji menunya ketam...
teringin katanya....pastu dibelinya ketam 6 ekor..
besar-besar ketam tu..mkn pon puas byk isi
lama dah husband ni tingin nak mkn ketam

zura lak..ingat nak mkn kedai ja..sbb letih balik
dari Ibu Pejabat Anak Bukit, Alor Setar...
buat gak la..wpun rasa nak bebal ja..
maaf ya bang..hehe

last-last..masak gak..tapi resepinya..pakai campak2 ja..
zura bagi resepi..sapa yg nak..amik la try...




KETAM KARI PEDAS

  • 6 ekor ketam ( seekor belah 2)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 6 camca besar cabai kering mesin (leh tambah kalau nak pedas)
  • 3 camca besar serbuk kari
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 camca besar minyak masak
  • sedikit air asam jawa
  • Sedikit serbuk 'Secukup Rasa' Meggi
  • garam & gula secukup rasa
  • Cabai merah & hijau

Cara membuatnya :

  • Tumis bawang merah, bawang putih dan serai
  • Masukkan cabai kering mesin. Bila dah pecah minyak masukkan serbuk kari. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan ketam dan digaul rata. Masukkan air asam jawa dan digaul lagi.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk 'Secukup Rasa'. Gaul hingga sebati.
  • Bila ja hampir masak masukkan cabai merah dan hijau serta kacau sekejap ja. Tutup api.
  • Hidang ketika panas.

Sebenarnya..menu nie..kita leh pelbagaikan bahan...
memandangkan.. kat peti ais..tak byk bahan.
jadi zura guna apa yag ada ja...
husband kata sedap...kalau masak time marah...
hehehe..ye la..ingat nak mkn kat kedai ja
sbb letih sgt
tapi bila ja kena puji..marah pon ilang..
ampun ya abang...ayg masam muka time tu..


moralnya : air tangan isteri adalah pengerat rumahtangga...penyedap
rasa buat suami tercinta...





Ahad, Disember 06, 2009

Resepi Kek Raya Haji (Kek Marble Mocha & Kek Vanila Cip)

askum...lama btul zura tak berblog...raya haji pon sederhana ja...takdak apa yg menarik utk dikongsi...tapi kali nie zura nak berkongsi resepi kek yang zura buat masa raya haji baru-baru nie...kalau ada yang nak try tu...sila la..

KEK MARBLE MOCHA

Bahan-bahan A :

250 gm butter (zura guna Cap Daisy dlm tin)
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam Gred A
1/2 kotak susu segar
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalet

Bahan-bahan B :

240 gm tepung gandum (zura guna tepung kek)
1 sudu teh baking powder

1 sudu besar mocha paste + dgn satu sudu besar milo + 1/2 cawan air panas (air jgn byk sgt)

Cara-cara :

1. Pukul butter, ovalet dgn gula hingga betul-betul kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dgn esen vanila
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu segar
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga sebati
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian bekas yang berasingan. Satu bahagian ditambah dgn mocha paste dan satu lagi dgn warna asal.
6. Alas loyang dgn paper dan sapu butter
7. Bahagikan adunan tadi dgn kreativiti sendiri.
8. Bakar dgn suhu 175 darjah celsius hingga masak (ikut jenis oven)


Kek nie mmg rasa sedap....susu segar melembapkan kek nie...







KEK VANILLA CHIP

Bahab-bahan :

1 1/2 cawan gula halus
250 gm butter
1 sudu besar ovalet
2 sudu besar susu pekat
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur Gred A
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan coklat urai
1/2 kotak susu segar


Cara-cara :

Pukul gula, ovalet & butter hingga kembang.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata

Tambahkan esen vanilla dan susu pekat. Gaul rata. Kemudian masukkan susu segar.

Diikuti dgn tepung yang sudah diayak dgn serbuk penaik. Gaul rata.

Masukkan coklat urai dan kacau hingga sebati.

Masukkan dalam loyang yang di alas dgn paper & butter.

Bakar dgn suhu 175 darjah celsius hingga masak.




Jumaat, November 20, 2009

BINGKA ROTI BERJAGUNG




as'kum...bersawang sungguh blog zura nih...
ari nie rasa nak demam & selsema lak...musim demam kot..???
ok la...semalam zura try satu resepi nie...kebetulan roti ada lebih yg nak hampir
tarikh luput....pastu kebetulan lak tgh belek-belek resepi...
tgh mengumpul segala resepi pastu nak failkan...mengikut jenis resepi
kemudian terjumpalah resepi bingka roti berjagung...bahan-bahan pon dah ada..
apalagi...zura pon godek-godek la buat....
cuba la..mmg sedap....nie antara bahannya :

BINGKA ROTI BERJAGUNG

Bahan-bahan :

3 biji telur
150gm gula castor
100gm mentega (dicairkan)
1/2 sudu kecil garam galus
300gm roti
200gm tepung gandum (zura guna tepung kek)
1 liter santan (1 liter susu segar @ 500ml susu segar + 500ml santan)
200gm jagung krim manis tin (zura guna 1 tin)

Cara-cara :

Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan @ susu segar, tepung gandun dan garam halus. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi. Rendam selama 15min - 20min. Masukkan jagung tin dan kacau sebati. Sapukan mentega pada loyang bingka @ loyang biasa dan alaskan dgn kertas kek. Bakar dlm oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang sejam @ lebih mengikut oven masing-masing.


Sabtu, November 14, 2009

Western & Coleslaw


Kali nie zura nak en3 menu yg zura buat baru-baru nie....
dah lama tingin nak buat western nie...sbb dulu masa
dok kat kangar...zura & asben selalu gak pegi mkn western
nie kat arau...gerai tepi jln ja...tapi menu camni lah....

zura tak guna daging @ ayam..cuma zura hanya guna daging burger,
sosej, wedges, isi ketam, coleslaw, jagung tin manis & roti
sekeping yg dipotong 4.

Sebenarnya...menu nie boleh ditukar-tukar..ikut la tekak masing-masing..hehehe..
asben pon macam kenyang betul..maklum...makan roti ja....pastu tido ja
sbb baru balik dari keja pagi tu....
zura balik keja ptg tu baru nak masak...

coleslaw & sos lada hitam tu zura buat sendiri....kalau nak resepi...nanti amik la ya


COLESLAW

Bahan-bahan :

Sebatang lobak merah disagat (beli kat Tesco..sepeket RM1.90 la camtu)
Sebiji epal hijau (dihiris & dipotong dadu)
Sedikit kismis hitam (kuantiti ikut suka)
Mayonis (kuantiti ikut suka)
Sedikit garam...jgn terlebih nanti masin lak

Cara-cara :

Campurkan semua bahan diatas hingga sebati. Bahan coleslaw tu leh ditambah dgn bahan yg lain. Ikut kreativiti masing-masing la yer..


SOS LADA HITAM

1 biji bawang besar (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
4-5 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tomato
3 besar sudu kicap
1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Minyak utk menumis

Cara-cara :

Tumis bwg besar & bawang putih hingga layu & wangi. Masukkan sos lada hitam, sos tomato, kicap, & tepung jagung. Kacau hingga sebati.Kalau kuah pekat sgt...tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan garam & gula dan ubah rasa ikut selera masing-masing.


Selamat la mencuba yaa....menu ringkas dari zura nie...


Sabtu, Oktober 03, 2009

Kek Oren Buah Campur




Semalam zura buat kek oren buah campur dan kek lapis asam....
zura en3 kek buah dulu...
sbb kek lapis asam tu mlm nanti nak bawa gi umah mak...
sbb ari ni besday adik yang dok kat Ipoh tu kebetulan
balik bercuti...zura pon buatkan kek lapis asam tu kat adik...
dah buat masa raya...pastu bagi skit masa adik nak balik Ipoh masa raya tu...
sedap katanya...

kat sini zura sertakan resepi kek oren kismis campur dulu....
kek ni lak permintaan dari asben minta zura buatkan...cuba tau...jgn tak cuba...


KEK OREN BUAH KISMIS CAMPUR

Bahan :

250 gm buttercup
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
270 gm tepung kek (ayak)
1 sudu kecil baking powder (ayak)
180 gm buah kismis campur (gaul dgn sedikit tepung)

1 biji buah oren sunkist (parut kulit & perah limau)
3 sudu besar oren sunquick

Cara-Cara :

1. Butter dan gula dipukul hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau rata
3. Masukkan tepung kek dan baking powder yang diayak berselang seli dengan buah kismis campur. Kacau rata.
4. Masukkan jus oren dgn kulit yang diparut dan oren sunquick. Kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yang dilapik dgn kertas minyak
6. Bakar dgn suhu 170'c selama 45 minit atau sehingga masak. (Kadang-kadang masa memasak akan lebih)


zura suka kek nie..rasanya manis dan masam ja....semua rasa ada....
yang penting buah tak jatuh bawah...sebab tu buah kena gaul dgn tepung
zura amik resepi nie dari internet...tapi lupa amik kat mana....

Ahad, Jun 21, 2009

Kek Coklat Lembap

Ari ni zura nak bagi resepi 'KEK COKLAT LEMBAP'...lama dah zura nak masukkan resepi & gambar kek yg zura buat masa besday zura bln 3 aritu....terutama si datin yang nak sgt resepi nih....harap-harap kawan leh la try resepi zura nih...


KEK COKLAT LEMBAP

Bahan A.
1 cawan air
1 cawan coklat / koko
1/2 cawan gula halus


Bahan B.
250 gm Buttercup

2 cawan gula halus ( kiter guna 1 1/2 cawan jer sbb nanti manis sgt)
2 cawan tepung kek (kdg lebihkan skit ja)

6 biji telur ayam ( guna lima biji pun boleh Gred B)
1 sudu teh vanilla


Cara-caranya..

Bahan A.

1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk (double boiler)
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat

4. Biarkan seketika



Bahan B.

1. Pukul butter dan gula hingga kembang


2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila


4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi


5. Kacau hingga sekata


6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana.



Untuk topping kek :
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan serbuk koko
sedikit garam


Cara membuatnya :
Campurkan susu, koko dan minyak
Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat
Masukkan garam & esen vanila
Tuangkan ke atas kek dan hiaskan dgn coklat urai


Ni la kek yang dah zura hiaskan....untuk dibawa ke opis masa besday zura bln 3 aritu..waktu tu kat opis di Kangar...Alhamdulillah..dapat pujian positif dari kawan-kawan....sedap kata mereka...kalau pegi opis lama tu..ada la yang minta zura datang bawa kek lain kali....hehehe..resepi ni..zura guna sukatan cawan yang sama..

Selamat Mencuba yaa....