Lepas seminggu lebih kawin...bergambar di studio lak...nak abadikan kenangan sebab pasni takleh dah nak bergambar camtu.....jadi kami berdua abadikan kenangan bergambar di studio. Lagipun semua dah dikira pakej....Semoga perkahwinan kami berdua berkekalan hingga akhir hayat...dan semoga impian kami berdua dapat memiliki zuriat sendiri walaupun sudah hampir 4 tahun lebih berkahwin...sesungguhnya...betapa kami rindukan tangisan & keriuhan anak-anak kecil di sebalik kesunyian...
Followers
SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS
HALWA TELINGA
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinanku. Papar semua catatan
Sabtu, Januari 10, 2009
Majlis Kahwin di Sungai Petani
Keesokannya pulak..majlis kawin sebelah kiter di Sungai Petani pada 2 Mei 2004 (Ahad). Majlis pada hari tu mmg meriah..maklumlah first time buat kenduri kawin..dan kiter lak anak sulung. Waktu tu la nak jumpa sedara mara yang jauh dan dekat....walaupun masing-masing penat...ada kepuasan pada wajah mak dan abah walaupun kepenatan...kerana telah sempurna majlis tersebut.
Akad Nikah 1 Mei 2004
Inilah hari bersejarah Akad Nikah kami berdua disaat diijabkabulkan...dengan hanya sekali lafaz bergelarlah Isteri kepada En. Ronizam....time tu mmg sedih...tak taulah pasal apa...memang menangis...waktu tu berputar jer...ingatan masa kecik sampai dewasa...pantasnya waktu berlalu..sebagai anak sulung rasa seperti belum puas lagi balas jasa mak abah....sekelip mata dah jadi isteri orang...pastu husband pun tanya ngapa nangis....bkn apa..takut gak org kata kawin paksa ka...ermm....apa nak buat...dah nak sedih...tapi segalanya ok je pastu...selesailah majlis akad nikah tersebut
Langgan:
Catatan (Atom)