I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Jumaat, Julai 30, 2010

JEJALAN KAT TANJUNG DAWAI



Askum..hai semua..selamat mlm...
Ari ni..sepanjang ari...zura dok umah ja..
ngemas umah..basuh & sidai baju..
.ari ni cuti...ngan esok..ahad keja balik
camni la..kalau ari cuti...buat keja umah

ptg tadi abah ajak gi tanjung dawai
terbayang dah nak beli ikan kering...
belacan pon dah abih...rupanya mak pon
nak beli belacan gak...jauhnya nak pi beli
belacan..abah kata..kat tanjung dawai sedap..

kami bertiga ja...pegi....zura, mak & abah
asben lak keja...
lagipon..puasa pon nak dekat dah..
kadang-kadang...lalu ikan kering..ja..
nak mkn ikan pon tak lalu...
ikut tekak masing-masing la..kan..jom layan gambaq..
tp gambaq shoping
ikan kering lupa lak nak amik..


pantai tanjung dawai


ramai yang jejalan ari nie..penuh keta


mak & abah....dok tgh tunggu oder...


mak dgn air oren bancuhnya...pekat sungguh
kalau kedai lain..oren tu tak la kaler camni..
jernih ja..kedekut oren


pose..pose..hehe


zura oder bihun goreng udang..bykkan
udang dia...besaq lak tu..


bihun sup..mak punya


tu dia...bihun kuah udang yg abah oder...
siap tunjuk udang lagik..hehe


sila makan eekkk...


senja di tanjung dawai


pasangan sejoli....


zura sorang ja..asben keja...opss...ok tak
muka zura?? zura skang nie..jual sabun kaseh
anggun...sabun utk muka..dibuat dari minyak
kelapa dara...sapa nak oder..contact zura yaa..


balik tu..singgah beli sate...tgk la kuahnya..10kg
kacang utk kuahnya..sate lak...20 sen utk satu cucuk...
hanya sate ayam ja jual...


nampak tak...satay 2o sen....ramai yg dok beli...
zura tunggu gak la...sedap sate nie..
kat tmpt hampa semua ada lagi tak harga camni???


sedap sangat...

sekian la..sudah laporan ari nie...byee...



Khamis, Julai 29, 2010

MY 1ST GIVEAWAY



Giveaway dari cik kerm

menarik hadiahnya...



Nak join klik sini ok

Tarikh tutup : 15 Ogos 2010


Rabu, Julai 28, 2010

MAMALYNA'S GIVEAWAY : "KETUK-KETUK RAMADHAN"




Mamalyna anjurkan giveaway...sempena kedatangan
Ramadan yang akan datang



Jom join...nak join klik sini

Tarikh tutup : 10 Ogos 2010



NUR_EIMI LUCKY DRAW


Lucky draw dari nur_eimi sempena 1st anivesary blognya


Jom kira join ramai-ramai lucky draw nie..
klik kat bawah....

http://nureimi.blogspot.com/2010/07/
nureimi-lucky-draw.html

Tarikh tutup : 27 Ogos 2010



Isnin, Julai 26, 2010

MAKAN-MAKAN KAT LUAR



Tadi zura & family gi mkn kat luar
makan kat restoran De'Sayang di
Taman Ria Jaya...nie la 1st time mkn situ
tp family zura dah penah mkn situ

kali ni..adik ipar belanja....tima kasih byk-byk
lain kali belanja la lagik...hehe

masa nak en3 kat blog ni pon..
masih rasa kenyang...adoyaiii
siap ngantuk ja nie...sbb kekenyangan
tgk la mcm-mcm jenis lauk yg di oder
tu pon ada yg tk sempat nak amik gambaq
makanan...layan je la...gambaq yang sempat
zura amik tadi..tu pon pakai kamera
hp Nokia n95 zura nih...



sebahagian lauk yg pertama


abah & adik


zura & asben


baby sya (batrisyia)..comotnya mkn nasi
tp tetap maintain comey..hehe


adik zura & anaknya Danish


mak & abah


ni la adik ipar yg belanja tadi...tqvm
belanja makan


tinggal bekas ja...Alhamdulillah...tak la membazirkan...
ok la...ngantuk sesangat nie...ingat esok nak posa..
harap-harap leh la bgn awal..hehe

Ahad, Julai 25, 2010

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG



Bestnya ari ni...sejuk ja rasa..ptg tadi ujan sampai
sekarang pon tak berenti lagi...hilang la rasa panas
yang melanda...

ari ni pas balik keje..mula la operasi memasak
memandangkan asben pon cuti ari ni & esok
kalau tak..jgn harap la zura nak memasak
kalau masak pon mmg tak abis sbb asben
keja..nak makan sorang pon tak lalu

2..3 ari lepas..zura jejalan blog resepi kwn-kwn
pastu nampak satu resepi ni kat blog
Kak Wana iaitu Asam Pedas Ikan Kembung
kebetulan bahan pon dah ada...zura
pon cuba try ikut resepinya..

zura bagi resepi..sapa nak cuba try la..
tp zura ubah skit resepinya...




ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

6 ekor ikan kembung disiang dan dibersihkan
(lumurkan ikan dgn serbuk kunyit & garam kemudian digoreng)
6 sudu cili kering (dikisar)
1 labu bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
4 tangkai cabai merah (dikisar)
6 tangkai cabai melaka (dikisar)
1 biji tomato besar (dikisar asing)
Daun kesum
6 sudu air asam jawa
Garam
Sedikit air

Cara-caranya :

  1. Goreng ikan terlebih dahulu
  2. Kemudian tumis bahan kisar hingga naik minyak
  3. Masukkan tomato yg dikisar, air asam jawa dan sedikit air
  4. Bila kuah menggelegak sesuaikan rasa dgn garam
  5. Masukkan daun kesom dan kacau hingga sebati
  6. Tutup api dan curahkan kuah tadi ke atas ikan goreng
Selamat mencuba....





Sayur bayam goreng ni..ramai yg reti buat
takyah la masukkan resepi..hehe

asben pon kata sedap asam pedas tu...
lagipon ringkas ja resepinya...


Selasa, Julai 20, 2010

MAKAN SEDAP MALAM NIE



Hai semua....sebelum zura nak masuk tidoq....
nak tayang dulu apa yg zura masak utk malam nie
semua menu ni...zura masak pas balik keja tadi
cuma sambal belacan ja...asben zura tumbuk...
lgpon asben buat mmg sedap...
psstt...abis tau sambal belacan tu

pas ja abis memasak...isi dalam bekas...
makan kat umah family zura...lgpon...
byk sgt lauk...esok lak asben dah mula keja..
kalau nak simpan dalam peti ais lelama pon
mmg zat & khasiat ikan akan hilang
abis lama pon...2..3 ari ja...kalau dlm peti ais tu..

udang lipan tu..lama btul tingin nak buat
tapi zura hanya buang kepala ja...
tak tahulah cara nak siangnya
tapi mmg sedap..mabeles la....
suka btul kalau masak...pastu lalu
ja org makan...hilang penat memasak..hehe

telur masin tu...kwn opis bagi....
mmg dari telur itiknya...yg telurnya dimasinkan
ingat puasa nanti leh la tempah...sbb rasa masinnya
tak terlalu masin...sedang-sedang ja

ok la...zura mau tidoq..ngantuk ooo....







Ahad, Julai 18, 2010

SEMOGA CEPAT SEMBUH LYA


Askum....
ari ni..zura ada terpandang satu en3
ttg kwn blogger...mengenai LYA
yang kini sakit....sakit jantung dan sawan
tapi dah pon kuar hospital tadi...

zura ada masuk kat blog Lya nie...emm...
mmg Lya ni..dah sakit lama...
tapi yg membuatkan zura kagum
ialah kekuatannya menempuhi penyakitnya
disebalik penyakitnya itu....
tersimpan cerita yg amat menyentuh
perasaan zura sbg wanita....
cerita Lya yg sanggup menggadaikan
nyawanya utk mengandung dan memelihara
kandungannya daripada digugurkan
betapa mulia hatinya...menitik juga
airmata zura tatkala membaca coretannya
dalam blog..

Lya...semoga cepat sembuh dan berehatlah
akak mendoakan agar Lya sihat selalu..
Ya-Allah..berikanlah Lya kesihatan yang baik..
sesungguhnya...anaknya masih memerlukan
kasih sayang ibunya..

Moga wujudnya TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA
akan dapat mengurangkan penderitaannya





Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank, Alyani Binti Amran (155014985526).

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih.

* zura copy dari blog Leily


Jumaat, Julai 16, 2010

GIVEAWAY EYBIZZONLINE



Giveaway dari Eybizzonline...tauke watermark
yang selalu zura tempah...servisnya mmg
ok dan puas ati...



'saya nak menang watermark & hadiah
misteri dari eybizzonline'



Tarikh tutup : 18 Julai 2010

Nak join klik sini


SUDAH NAIK...


Kerajaan selaraskan harga subsidi untuk masa depan

15/07/2010 10:02pm

KUALA LUMPUR 15 Julai – Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter, manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.”

Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram,” katanya.

Menurut kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.

“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.

“Walaupun telah membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini,” katanya.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010. – Bernama

* sumber dari utusan malaysia




Mulai esok harga minyak naik lagi...
bagi RON95 naik 5 sen seliter..
membebankan @ tidak...mmg kita terpaksa
akur dgn kenaikan harga petrol nie...

zura yg keja kat sg. petani pon...
kdg terasa gak penggunaan petrol nie..
itu tak kira dgn org yg keja jauh
dari tempat kediaman

dari rumah ke tempat keja zura
pon lebih kurang 26 km pegi dan balik...
kalau tak singgah ke mana-mana la

baru ja nak merasa kenaikan gaji
yang diselaraskan...dah naik harga
barang bagi gula & petrol...

nak tunggu bajet 2011 lak..
kalau boleh tak naik gaji pon takpa
asalkan naik elaun...


Khamis, Julai 15, 2010

HANDBAG GIVEAWAY





Buka blog jap...pastu ada giveaway nie...best la
sbb hadiahnya dapat beg..emm...1 beg ja ke??
kalau ada beg lain..mesti lagi bestkan..hehe..

Nak sangat beg ni sbb besar boleh isi
banyak barang peribadi yang zura sayang.
Warna ni belom lagi ada dalam koleksi.
Jika bertuah dapatlah zura gunakan pada raya nanti.

Nak join klik sini

Tarikh tutup : 15.07.2010



LUCKY DRAW RASP






Nak join lucky draw nie???
klik kat bawah nie..

http://espritrasp.blogspot.com/2010/07/lucky-draw-rasp.html

Tarikh tutup : 28 Julai 2010


Selasa, Julai 13, 2010

SEDAP KATANYA....



Hai semua....mari dekat..hehe...
Auhai..menjak nie..badan asyik letih ja
Lemah semacam...cuaca lak sekarang
tak menentu..jap ujan panas ja...

ingat ari ni nak ajak cik abg mkn luar ja
tp cik abg suruh masak sambal bilis..
jadi dgn rela hati...hehe...zura pon penuhi
la permintaan cik abg...

selain tu masak telur dadar mayonis,
nuget ikan lemon dan ikan kering goreng
kali ni dapat pujian penuh dari cik abg..
yihaa...seronok tau...sblum ni..selalu
ja kritik sambal yg zura buat...
sblum ni zura tumis ja..tp kali ni
zura ubah resepinya...
kalau nak..bila senang zura masukkan
resepinya...

ajak adik zura mkn sekali..
sekali hadap...kami bertiga jap ja abis
sambal bilis..ada pon belen skit ja..
pastu zura bungkus utk mak..abah skit
mak abah tak nak dtg....jadi zura bungkus
semua yg belen tu...

tgk dulu la yaa..jamu mata...
ada masa zura masukkan resepi sambal tumis bilis
bye..




SAMBAL TUMIS BILIS

Bahan-bahannya :

Ikan bilis (beli yg dah siap dipek harga RM2.00)
2 biji bawang besar (dimesin)
2 ulas bawang putih (dimesin)
5 tangkai cabai merah (dimesin)
5 sudu besar cabai kering mesin (dimesin)
1 sudu kecil asam jawa adabi (dimesin)
1 inci belacan (dimesin)
1 cawan air
2 sudu besar sos cili
sebiji ubi kentang (dipotong kecil)
gula
garam
minyak

Cara-caranya :

  1. Campurkan sedikit air, bahan yang nak dimesin ke dlm blender dan mesinkan hingga hancur.
  2. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng. Goreng ubi kentang dgn myk goreng bilis dan tumis bahan yg dimesin tadi dgn ubi.
  3. Masukkan sos cili dan gula, gaul sebati. Masak hingga bahan cabai terbit minyak.
  4. Masukkan garam dan ikut kesesuaian rasa.
  5. Bila bahan tadi dah cukup rasa serta ubi dah masak, masukkan bilis goreng dan digaul sebati. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.




Ahad, Julai 11, 2010

MASAK CABAI ASAM IKAN GELAMA



Panas lagi nie...hehe..
zura baru masak ptg tadi...
asben zura bawa balik ikan gelama
yang dipancing pagi tadi dgn kwn..
tak taulah pancing kat mana tapi
selalunya kat pulau sayak la...

zura mmg tak bersiang la ikan nie..
bau hanyir skit..nak termuntah ja..
ikan basuh dgn limau kasturi...ilang la hanyir
asben la tolong siangkan....
zura lak tolong masakkan...

zura masak cabai asam ja...
sedap tau..resepi ringkas ja...cepat dimasak
nie resepi dari mak zura..masa zura
anak dara dulu..selalu buat utk adik2 mkn
adik yg kecik tu cukup suka..makan

ikan yg dah dibasuh..pastu digoreng dgn kunyit + garam


tadaa...dah siap pon...
tenggelam ikan tu dgn bwg besar dan cabai


gambaq dekat...sedapkan...
nak ker resepi???


MASAK CABAI ASAM IKAN GELAMA

Bahan-bahannya :

Ikan gelama yg telah digoreng
1 biji bawang merah dihiris
1 ulas bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 btg cabai merah (dihiris serong)
3 btg cabai melaka (dibelah dua)
3 sudu cabai kering mesin
1 sudu kecil asam jawa Adabi
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Minyak

Cara-caranya :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris. Bila bwg layu masukkan cabai mesin. Masak sebentar.
  2. Masukkan air asam jawa. Kacau dan masukkan pula gula & garam. Ikut sesedap rasa ye.
  3. Bila dah menggelegak skit masukkan bwg besar, cabai merah & cabai melaka. Kacau sebati dan bila bawang besar dah layu skit, angkat dan curahkan atas ikan.
  4. Boleh juga masukkan buah tomato @ apa jua bahan yg dirasakan sesuai. Bukan setakat ikan gelama ja...ikan lain pon bleh juga..Selamat mencuba..