I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Jumaat, Mac 06, 2009

Sambal Pedas & Tauge Goreng


Ni menu utk malam nie...Sambal Pedas Ikan Kembong Borek...ikan nie..besar dari ikan kembong tu..isi pun banyak....Pastu Tauge Goreng dgn Sayur Leek...sedap..rasa macam sayur kucai...disini zura sertakan resepi Sambal Pedas Ikan Kembong Borek dan kalau nak guna ikan lain pun leh gak...ikut kesukaan masing-masing ok dan resepi ni utk 2 orang makan kalau nak makan ramai...tambah2 bahan jerlah....cuba-cuba la yer...


Sambal Pedas Ikan Kembong Borek

Bahan-bahan :

2 ekor Ikan Kembong (digoreng dahulu)
8 biji cili api (diketuk)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (dimayang halus)
5 sudu besar cabai kering mesin
3 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

Tumis bawang putih kemudian masukkan cabai kering mesin dan kicap serta air sedikit hingga mendidih.

Kemudian masukkan cili api, bawang besar dan halia.Masukkan garam dan gula sedikit. Kacau hingga sebati.

Bila dah masak tuangkan pada ikan yang telah digoreng tadi.

Hias la dgn buah tomato & daun bawang..tapi zura tak sempat nak beli. Kemudian sedia untuk dihidangkan...selamat mencuba.


Tiada ulasan: