I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Selasa, April 14, 2009

Salam Takziah


Genap sebulan bernikah




USUNG...anggota bomba mengusung mayat mangsa dalam
kejadian bas ekspres terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya
Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Rawang, semalam.

JITRA: “Hari ini (semalam) cukup sebulan dia berkahwin. Ketika mendapat berita itu tengah hari tadi (semalam) saya seperti tidak percaya kerana dia baru sangat berkahwin,” kata Mohamad Taib, 66, bapa kepada Md Jaheer, 33.

Md Zaheer antara enam terbunuh dalam nahas di Bukit Beruntung dekat Rawang, Selangor, awal pagi semalam.

Md Jaheer, anak ketiga daripada tujuh beradik yang bekerja sebagai eksekutif syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur terpaksa berulang-alik setiap minggu ke kampung berikutan isterinya masih bekerja di Gurun.

Mohamad ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Pulau Ketam, dekat sini, semalam, berkata anaknya itu melangsungkan perkahwinan dengan Nur Suriati Junid, 30, di Kepala Batas, Pulau Pinang, 13 Mac lalu.

“Setiap minggu sejak berkahwin dia balik menemui isteri. Malam kelmarin ketika saya menghantar arwah bersama isterinya di terminal bas ekspres di Jitra, dia tidak menunjukkan sebarang petanda pelik, tetapi nampak ceria.

“Tak sangka pertemuan itu yang terakhir bagi dia dan Nur,” katanya sebelum bertolak ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menguruskan jenazah arwah bersama beberapa saudaranya.

Di Sungai Buloh, menurut rakan mangsa, yang dikenali sebagai Ady, arwah dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas melawat isterinya.

“Dia sepatutnya bekerja semula pagi ini (semalam). Apabila dia tidak masuk kerja, kami tidak menerima sebarang panggilan.

“Selepas melihat siaran berita di televisyen, kami mengesyaki dia terbabit dalam nahas maut itu dan bergegas ke HSB,” katanya.



Assalamualaikum kawan-kawan blog zura..rindukan zura tak..hehe..lamakan zura tak muncul dlm blog...sebelum tu zura nak ucapkan takziah pada sedara zura yang baru ja kawin bln lepas pada 13/3/2009...tetapi suaminya meninggal pada kemalangan bas ekspres baru-bari nie...ni le en3 perkahwinan mereka yang zura masukkan ari tu...dan zura selitkan artikel dari paper Harian Metro di atas....tapi sedih bila mak bagitau isterinya meraung di tempat keja bila dapat panggilan yang suaminya meninggal dalam kemalangan bas tu....ajal..maut..jodoh..itu semua urusan Tuhan...hanya kita dapat merancang dan zura pun hanya tahu bila abah call semalam yang suami Nur Suria ni meninggal pada kemalangan tu sedangkan zura dah tahu masa tgk berita kat tv dan rupanya salah seorang yang meninggal tu suami sedara zura...moga Nur Suria tabah menghadapinya...kerana genap sebulan perkahwinan mereka...suaminya meninggal.....sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah...Amin...


p/s : Ya-Allah Selamatkanlah suamiku ketika dalam perjalanan ke kerja sebagai pemandu bas..dan lindungilah suamiku dari segala bencana..Amin


7 ulasan:

IxoRa berkata...

Sebaknya rasa...

Takziah kepada keluarga arwah.

Moga rohnya di cucuri rahmat...amin.

aZuRa AhMaD berkata...

>> ixora : ya ixora..kak zura pun sedih....

Datin Paduka Bokbong berkata...

Ya Allah...sedihny..
mcmana la isteri Arwah hdapi smua ni ye.
Al-Fatihah utk arwah.
Takziah utk isteri & family arwah.

*mtk dijauhkn la kite dr dugaan gini..ya Allah*

T.u.Y.a berkata...

harap2 isteri arwah tu tabah menempuh segala dugaan dari Allah s.w.t..
sedihnye Tuya baca,baru sebulan kawin..

Zamz berkata...

salam takziah..baru je kawin ek

eiza in the house.. berkata...

salam kak,
takziah utk sedara akak tu..memang sedeykan bila org yg kita syg tetiba pergi dlm hidup kita tanpa disangka2..al-fatihah

aZuRa AhMaD berkata...

zura pun simpati dgn nasib sedara zura tu...tak sangka la..husband dia meninggal dlm kemalangan tu...masih teringat majlis perkahwinan mereka yg meriah tu...