I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Selasa, Februari 17, 2009

Bersalin Dalam Tandas???

Ini adalah artikel yang zura amik dari paper Berita Harian hari ini..yang terjadi di Kangar..ermm..salahkah perbuatan amah tu yang menyembunyikan bayinya kerana takut dimarahi dan selama 3 hari tu anaknya hanya diberikan air suam saja...itu pon majikan dia tak perasan...tapi bila dah dengar tangisan bayi...barulah terbongkar segala perbuatan amah tu..tapi bagi zura..walau apa jua kesalahannya..tapi amah nie masih mempunyai hati yang belas kasihan pada anaknya sendiri..bayangkan kalau amah tu buang bayinya..pastu hanya menunggu masa utk mati jika ditinggalkan @ dimakan oleh haiwan ker...walaupun amah tu tahu..dia telah terlanjur dan teman lelaki lak tak bertanggungjawab..meninggalkan dia yang tgh mengandung lak tu..setelah balik ke Indonesia..tapi hatinya masih sayang pada bayinya..sedangkan selama nie byk berita yang kita dengar mengenai pembuangan bayi yang tak bersalah tu...pastu ada la berita ttg perjumpaan bayi di surau, taman perumahan @ yang lebih menyedihkan..bila dijumpai di sungai, ditanam belakang rumah, dibuang dari tingkat tinggi...yang sudah pun tidak bernyawa..kadang-kadang zura sedih dgn fenomena sebegitu..kadang zura menangis kerana tergamak buat anak mereka begitu..sedangkan zura sendiri belum ada anak pun rasa sedih dgn hal sebegini..semoga kejadian buang anak tidak harus terjadi...selepas ini...


Bersalin dalam tandas takut majikan marah

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my


YANTI dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar manakala bayinya masih mendapat rawatan di wad kanak-kanak.

Amah buntu selepas teman lelaki pulang ke Indonesia

KANGAR: "Saya takut kakak (majikan) marah saya kerana mengandung, sebab itu saya beranak senyap-senyap dalam tandas," kata Yanti, 22, pembantu rumah warga Indonesia yang menyorok bayinya dalam laci almari di rumah majikannya yang juga seorang pegawai kanan polis, di sini.

Bagi Yanti, dia tidak mempunyai pilihan lain dan hanya itu jalan dapat difikirkannya ketika itu, apatah lagi teman lelakinya yang juga bapa kepada anaknya itu kini tiada di negara ini kerana sudah pulang ke kampung di Jawa, Indonesia.

"Saya buntu memikirkan penyelesaian, sedangkan tempoh untuk saya bersalin semakin hampir. Nasib baik perut saya tidak begitu besar dan mampu disembunyikan daripada pengetahuan majikan.


"Saya tiada niat menipu sesiapa termasuk majikan, tetapi khuatir akan dimarahi jika dia tahu saya mengandung dan terus hantar saya pulang ke Indonesia," katanya ketika ditemui di Wad Bersalin Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan pembantu rumah itu menyorok bayinya sejak tiga hari lalu dalam laci almari di bilik tidurnya, bagi mengelak daripada kewujudan anaknya itu disedari majikan.

Bagaimanapun, rahsia itu disedari selepas majikannya yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mendengar suara tangisan bayi dari dalam bilik tidur berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

Yanti ketika ditanya mengenai proses kelahiran berkata, dia terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis lalu.

"Selepas bersalin, dalam keadaan sakit saya cepat-cepat membersihkan bayi yang masih berlumuran darah dan terus menyoroknya dalam laci almari. Uri pula saya buang ke dalam tong sampah di belakang rumah.

"Sepanjang tempoh itu, saya terpaksa berikan bayi saya minum air suam setiap kali lapar kerana susu badan masih tiada. Nasib baik dia (bayi) sihat dan tidak banyak meragam," katanya yang mengaku terpaksa menerima beberapa jahitan untuk mengelak pendarahan pada bahagian rahimnya.

Difahamkan, Yanti yang dibawa ke hospital oleh majikannya untuk pemeriksaan oleh pakar sakit puan kelmarin, disahkan baru beberapa hari bersalin.

Ia berikutan keadaan rahimnya ada kesan luka, selain kewujudan kelenjar susu yang aktif, yang biasa dialami wanita lepas bersalin.

Mengenai bayi berkenaan, katanya,
dia akan tetap menjaganya sendiri dan tidak akan sekali-kali berpisah dengannya walaupun takdir menentukan dia dihantar pulang ke Indonesia.

"Saya sayang anak saya dan akan tetap menjaganya sendiri. Saya tidak akan sanggup berikan anak saya ini kepada sesiapa. Tolong jangan pisahkan anak saya dari saya," rintih Yanti sambil menitiskan air mata.

Sementara itu, Pengarah HTF, Datuk Dr Faiz Khan, ketika ditemui mengesahkan Yanti dan anak perempuannya kini dirawat di hospital berkenaan sejak pagi kelmarin.



6 ulasan:

Datin Paduka Nunu berkata...

sian kt amah tu ,kn?
at least dia syg baby dia..
sy stju ngan zura, drpd sstgh org y buang baby tu..dia ni lg mulia.

rinduny nk dpt baby..

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

tu yg zura dok pikir..hatinya mulia dari yg buang bayi tu sbb amah tu sayang sgt anaknya....apalah salah bayi yang dibuang....tak takut dosakah....??????

Tanpa Nama berkata...

ya allah
siannyer dier
tpi nasib baik dier x buang bayi tuh

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

yerlah yaya..sbb amah tu masih sygkan anaknya..pastu masih ada sifat keibuan...

Tanpa Nama berkata...

sian nye ngan amah tu, masih ade rase sayang kat anak dia, sedih la kalu bace berita pasal buang anak nimenagis tgk baby xbesalah dibuat camtu

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

tu ler..dhia..kak zura ni..kalau baca paper pastu ada berita ttg buang bayi nie..mesti rasa sedih & marah..sbb sanggup si ibu buang anaknya..kalau idup takpa..tapi kalau yg mati?penah nangis dalam dakapan husband..smpai husband naik heran..sbb kak zura terlalu sedih mengenangkan berita yg buang anak nie...sedangkan..kak zura ni teramatlah inginkan zuriat...tapi senang2 ja depa buang anak