I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Jumaat, September 25, 2009

Berita Yang Memeranjatkan Kes Berkhalwat



KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

Selanjutnya disini. Sumber dari paper Harian Metro.


Memang terperanjat beruk zura bila pagi tadi zura melayari internet baca Harian Metro...
bab nie mmg zura tak nak cakap apa-apa...sbb zura sendiri satu opis dgn pompuan nie...lagipon kalau tgk paras rupa dia mmg sahlah dia yang satu opis dgn zura..lagipon bknnya ramai sgt kakitangan kat opis...walaupun zura hanya kerani di bhg pentadbiran ja
mmg tak sangka la....jadi camtu.... zura pun tak bersembang-sembang sgt dgn budak nie...yang sebaya dgn zura....

zura harap dia akan insaf dgn apa yang dilakukannya.....kejadian tu lak kat hotel bertentangan dgn bgn persekutuan kat kangar..tmpt zura bekerja dulu....masa tinggal kat kangar....

kejadian begini beri keinsafan pada kita....zura sendiri pon tak gamak nak en3 citer ni @ memburukkan dia..tapi sekurangnya dgn kejadian begini....kita akan sedar diri....kalau ada masalah peribadi @ umahtangga...tanganilah dgn sebijaknya....keimanan haruslah kita jaga.....maklumlah dgn zaman yg makin canggih....kadang keinginan & kehendak kita pada kebendaan melebihi dari kemampuan kita sendiri...

tak tahulah apa masalah dia...???
suasana hari raya pon masih lagi terasa.....tapi dah jadi begini


4 ulasan:

Maiyah berkata...

kalo dia ada masalah ngan rumahtangganya mungkin kita akan paham, tapi kalo bawak sampai ke bilik hotel tu dah lain lah plak..

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

>> kak maiyah : tak tahulah kak maiyah..zura pon jarang sembang dgn dia..lagipon dia nak berckp pon pilih kwn...apa masalah dia pon tak taulah..moga dia insaf la

ieyza berkata...

isshhh...geram jer tgk bini dier tu, laki punyer la baik siap ingat besday bini tapi bini wat hal...nak kena penampo dier nieee

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

>> ieyza : uihh...sabar..sabar..hehehe..apa nak buat dah bini jadi camtu...