I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Sabtu, Oktober 03, 2009

Kek Oren Buah Campur




Semalam zura buat kek oren buah campur dan kek lapis asam....
zura en3 kek buah dulu...
sbb kek lapis asam tu mlm nanti nak bawa gi umah mak...
sbb ari ni besday adik yang dok kat Ipoh tu kebetulan
balik bercuti...zura pon buatkan kek lapis asam tu kat adik...
dah buat masa raya...pastu bagi skit masa adik nak balik Ipoh masa raya tu...
sedap katanya...

kat sini zura sertakan resepi kek oren kismis campur dulu....
kek ni lak permintaan dari asben minta zura buatkan...cuba tau...jgn tak cuba...


KEK OREN BUAH KISMIS CAMPUR

Bahan :

250 gm buttercup
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
270 gm tepung kek (ayak)
1 sudu kecil baking powder (ayak)
180 gm buah kismis campur (gaul dgn sedikit tepung)

1 biji buah oren sunkist (parut kulit & perah limau)
3 sudu besar oren sunquick

Cara-Cara :

1. Butter dan gula dipukul hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau rata
3. Masukkan tepung kek dan baking powder yang diayak berselang seli dengan buah kismis campur. Kacau rata.
4. Masukkan jus oren dgn kulit yang diparut dan oren sunquick. Kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yang dilapik dgn kertas minyak
6. Bakar dgn suhu 170'c selama 45 minit atau sehingga masak. (Kadang-kadang masa memasak akan lebih)


zura suka kek nie..rasanya manis dan masam ja....semua rasa ada....
yang penting buah tak jatuh bawah...sebab tu buah kena gaul dgn tepung
zura amik resepi nie dari internet...tapi lupa amik kat mana....

8 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.

Dua bulan sudah balik A.Setar singgah di Masjid Sg.Layar Hujung ..tempat tinggal dulu..
Bila baca blog ini teringat Tmn Orkid Fasai 1.SP.

Blog ini banyak gambar yang cantik-cantik, kelihatan ceria.

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

>> En. Leenoh : Penah dgr tmn orkid tu..skang ni byk sgt taman perumahan...zura pon dah tak cam. Byk perubahan yg ketara...tima kasih pujian en leenoh tu....semestinya zura pon nak selalu ceria

datang sp nanti....bgtau la ya...

IxoR@ berkata...

pandainya buat kek...

ixora tau makan aje...

Maiyah berkata...

salam.. menarik nampak kek tu

armouris berkata...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

>> ixora : tima kasih....pandai tiru resepi org..hik..hik..

ZuRaWiTa AhMaD berkata...

>> kak maiyah : akak try la buat...zura dah bagi resepi tu....

Tanpa Nama berkata...

macam best je...nak try lah petang ni...thanks ya bagi resepi....sy ni x pandai buat kek tp rasa nak cuba gak buat