I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS

HALWA TELINGA

Rabu, Ogos 19, 2009

Sebat Depan Khalayak



IPOH: “Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.

“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu.

Dia juga mempertikaikan mengapa anaknya perlu dibawa ke penjara kerana Kartika Sari bukan seorang banduan dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya sudah diketepikan.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadap Kartika Sari, 32, selepas disabitkan kesalahan meminum arak.

Berita selanjutnya disini.


Disebat kerana meminum arak. Sebenarnya ramai yang minum arak nie..terutama orang Melayu beragama Islam..yang dah tak tahu halal haramnya..tapi hanya pesalah yang bernama Kartika Sari Dewi yang dikenakan hukuman sebat buat masa sekarang nie. Padahal ramai lagi yang minum arak tetapi tiada apa-apa tindakan yang dikenakan... moga Kartika Sari Dewi insaf dgn perbuatannya...

* ngerinya bila nak kena sebat..tengok pameran dari penjara dulu pon...seriau ja...bila tgk galeri gambar org yang kena sebat...


Tiada ulasan: