Pastu zura terus balik Sg. Petani...masuk tol Alor Setar (S) kuar tol Gurun..Malas nak balik jalan biasa...mesti keta byk punya atas jalan...Kuar dari tol Gurun tu masuk jalan lama balik...terus laluan ke Bedong...dan Sg. Lalang...Umah family zura kat Sg. Lalang...Taman Amanjaya Zon Kenanga....umah yang zura beli pun..dekat-dekat ngan umah family gak...tapi pemaju ja lain...sepanjang highway tu sempat la snap gambar...tgk la..pemandu berhemah nie...meter tak lebih dari 110 tau...pastu amik gambar gunung jerai lak..ishh..lama la tak pegi gunung jerai..last pegi pun thn lepas dgn husband tapi time tu ada pengubahsuaian chalet..tak tahulah siap ke idak...pastu sekarang nie ada ladang strawberi lak kat atas tu..tak pastilah kat mana ladangnya...sebab aritu tgk berita ja...kat tv3. Takyah gi Cameron la..kalau sesapa yang teringin nak makan strawberi kan....sbb kat Gunung Jerai pun leh ada strawberi sekarang nie....
Followers
SILA TINGGALKAN LINK ANDA....TQ..MUAHHHSS
HALWA TELINGA
Sabtu, Februari 28, 2009
Tali Pinggang Keledar Belakang
Pastu zura terus balik Sg. Petani...masuk tol Alor Setar (S) kuar tol Gurun..Malas nak balik jalan biasa...mesti keta byk punya atas jalan...Kuar dari tol Gurun tu masuk jalan lama balik...terus laluan ke Bedong...dan Sg. Lalang...Umah family zura kat Sg. Lalang...Taman Amanjaya Zon Kenanga....umah yang zura beli pun..dekat-dekat ngan umah family gak...tapi pemaju ja lain...sepanjang highway tu sempat la snap gambar...tgk la..pemandu berhemah nie...meter tak lebih dari 110 tau...pastu amik gambar gunung jerai lak..ishh..lama la tak pegi gunung jerai..last pegi pun thn lepas dgn husband tapi time tu ada pengubahsuaian chalet..tak tahulah siap ke idak...pastu sekarang nie ada ladang strawberi lak kat atas tu..tak pastilah kat mana ladangnya...sebab aritu tgk berita ja...kat tv3. Takyah gi Cameron la..kalau sesapa yang teringin nak makan strawberi kan....sbb kat Gunung Jerai pun leh ada strawberi sekarang nie....
Jumaat, Februari 27, 2009
Kontroversi Zaefrul & Azizah Mahzan...
BELUM pun reda isu berkemban, datin skirt pendek dalam Spa Q selain hal peribadi Norish Karman, timbul pula kontroversi 'gambar panas' dua pelakon siri telenovela popular di TV3 itu. Berita selanjutnya di sini. Artikel nie dari paper Harian Metro ari nie. Sebenarnya zura baru tau yang depa 2 nie ada kontroversi..ish..ish..itu pon melalui surat khabar je la...tapi nampak gaya..macam special ja..hubungan depa 2 nie..kata mcm adik & kakak..tapi pada pandangan orang luar...macam-macam spekulasi yang diberikan...yerlah..kak Azizah tu kan janda..si Zaefrul lak..dah ada isteri...anak 3 orang. Zura pun heran..kenapa artis yang dah berumur di kalangan perempuan ni asyik nak cari publisiti & kontroversi ja...dulu pun Rosnah Mat Aris gak...cerita sensasinya yang menghina Isteri Nabi S.A.W dan kisah anak 'ikan' nya tu.. Mungkin pada zaman muda mereka..tak ada ruang untuk berhibur pastu sekarang nie zaman dah berubah..mungkin perasaan untuk jadi orang muda tu membuak-buak....dah tak kisah....apa orang dah cakap..pastu pakaian lak..mengalahkan orang muda...ntahlah..zura hanya bagi pendapat apa yang zura dok perati la...tapi tak semestinya semua artis tu begitukan...tepuk dada tanya selera.... |
Khamis, Februari 26, 2009
Bengkel Anggun
Rabu, Februari 25, 2009
Buat Bubur Kacang Boleh???
Selasa, Februari 24, 2009
Makan Ikan Bakar
Ini menu yang husband order tadi...tak sabar nak makan nie....
Tgk tu..abis semua lauk..sampai kenyang la masing-masing...memang puas ati sbb sedap sgt...tak rugi datang sini...anda teringin??? datang la ke Restoran Muara Kuala Sungai, Jalan Bukit Kubu, Kuala Perlis.
Ahad, Februari 22, 2009
Masak Apa Tadi ???
- Ni tauge goreng telur dengan kicap....ni feberet husband la nie...
- Ikan goreng temenung yang zura beli pagi tadi kat pasar borong
- Gulai ikan temenung...dengan bendi....kalau tiap kali zura buat gulai...zura suka rempah gulai ikan 1 1/2 peket dicampur dgn satu sudu besar cabai kering mesin dgn 2 biji bwg merah & 2 ulas bwg putih yang ditumbuk lumat pastu gaul sebati dgn air..cara tumis tu mcm biasa la yer..mmg sedap mcm gulai mamak ja..hehehe
- Cencaluk digaul dengan air limau nipis dan cabai melaka..tapi nie zura tak mkn..husband ja...
Rumahku Banjir
Petang kejadian tu ari Ahad..husband ajak balik Mata Ayer sbb letrik tak ada...tapi nak kuar umah tu pon..rasa tak sedap ati dah...sbb air longkang dpn umah dah naik. Pastu time nak balik ke Taman Kemajuan tu..dah tak leh lalu dah ke jalan besar...ke Kangar..tapi kawasan Mata Ayer tak naik. Pastu kwn husband yang sama taman call bagitau air naik..mulanya husband ingat lawak ler..bila dah sampai tu...Masya-Allah..mmg banjir pun dah paras lutut..otak dok pikirkan umah ja..husband parking keta kat Mobil Taman Kemajuan..zura sorang-sorang redah dalam banjir..dah ler gelap..sedih la..bila tgk keadaan umah..bila husband sampai kt umah..pakat-pakat la zura & husband selamatkan barang-barang letrik..letak kat bilik atas..dan satu lagi harta yang berharga..gambar kawin...hu..hu..nasib baik tak kena air..dah nak kuar umah dah tapi bila dgr orang kata air nak naik lagi..masuk umah balik..kemas-kemas tgk ada gambar kawin...kalau tak..tak tau la..apa nak dikata..tu je la..untuk dijadikan kenangan..seminggu gak la..nak surut..keja pun mmg tak pegi..selama seminggu tu dok umah mentua..sekarang nie kalau ujan lebat ja sampai berjam-jam..mmg zura fobia punya sbb Taman Kemajuan ni mudah sgt naik air....
Pelajar Dipukul Meninggal !!!!!
Pelajar dipukul 24 remaja meninggal
HASNAH Ali melihat jenazah anaknya, Muhd Hadzrin buat kali terakhir sambil disaksikan Mohamad Din (dua dari kiri) yang menenangkan anak perempuannya, Norzaidatul Asyikin di Surau Desa Tasik, Sungai Besi, semalam.
Berita selanjutnya. Artikel ni dari paper Berita Minggu hari ini.
Setelah seminggu tidak sedarkan diri arwah adik Muhd Hadzrin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira jam 1 pagi tadi. Kematiannya amat tragis..kenapa??? Hanya disebabkan perebutan seorang teman wanita...kemudian dibelasah dengan besi, topi keledar dan pengunci motorsikal oleh 24 orang remaja. Moga pihak polis dapat menangkap pesalah tersebut dan menjatuhkan hukuman berat terhadap mereka...sebab mereka ni tak menghargai nyawa...dan membuat tindakan sewenang-wenangnya. Al-Fatihah untuk arwah adik Muhd Hadzrin....semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
Pasar Borong
Sebelum nak balik tu..beli donut 4 biji & paper Mingguan Malaysia kat pasar borong....dan nasi lemak 2 bungkus kat taman perumahan zura (Taman Kemajuan..) disebabkan malas nak masak awal..zura makan ler donut & nasi lemak dulu...tapi makan pun sebungkus ja nasi lemak..& 2 biji donut...kenyang lak rasanya..simpan je dulu bakinya..hehehe. Abis ja siang ikan..dan dibersihkan..terus simpan alam freezer...pastu terus ngadap laptop ni..hik..hik...
Sabtu, Februari 21, 2009
Tugasku Di Opis
- Komputer ni la zura dok taip surat atau sebarang keje
- Jawab panggilan telefon sbb takdak operator telefon
- Pencil box ni segala tok nenek yg dok ada..tak ada dia..payah la nak buat keje..pastu tiap yg ada dalam pencil box tu kena tulih nama..kalu tak nanti ilang..bila ilang..org yg jumpa tu antar balik..hik..hik
- Buku planner pengarah...haaa..ini la yg penting sekali...zura kena catit segala program @ aktiviti pengarah pastu tiap ari zura kena maklum segala aktiviti pengarah pada hari tersebut..nie keje PA..tapi PA tak ada..jadi pengarah lantik zura jadi PA..untuk uruskan segala aktiviti dia la..
- Segala surat menyurat @ fax yang masuk tu akan zura catit tiap ari dan pastu bawa masuk ke bilik Pengarah lak...pastu bila pengarah dah minit pada tiap surat..zura akan edarkan pada pegawai berkenaan untuk tindakan selanjutnya
- Sebelum nak masuk ja bulan yang baru..zura akan print nama pegawai & kakitangan kat punch kad nie
- Ni la tugas zura yang baru..uruskan segala semua permohonan berkaitan cuti @ cuti sakit akan dimasukkan setiap fail pegawai kat opis ni
Banyak tak keje zura tu..tapi takpa...zura nak blaja..walaupun bukan kerani..tapi hanya typist ja...mana tau..kalau dapat naik pangkat kerani nanti..zura dah ada basic nak buat keje sbg kerani
Jumaat, Februari 20, 2009
Jodoh 12 Hari ?????
Jodoh Roslin 12 hari
Ini adalah artikel yang zura amik dari paper Harian Metro hari ini...baca berita selanjutnya.
Tak tahulah apa yang dah terjadi pada jaguh pemain badminton negara ini..pasti semua terkejutkan dgn berita ini..baru jer kawin...pastu inai pun masih lagi merah dijari. Puncanya hanya kerana tidak bersefahaman...ermm..nampaknya..pasangan nie mmg ada masalah rasanya....ishh..ngerikan bila difikirkan..majlis perkahwinan baru je selesai..dah berpisah....pasangan manalah yang tidak mempunyai masalah...dalam perkahwinankan?? Kadang-kadang sifat keegoan pasangan tu punca dalam hubungan yang retak @ masalah yang tak dapat ditangani...ntahlah..apa yang pasti zura sentiasa berharap hubungan sebagai suami isteri antara zura & husband berkekalan hingga akhir hayat....juga pada pasangan-pasangan lain di luar sana..walaupun tak dinafikan kadang-kadang tu..ada gak perselisihan fahamkan..???
Rabu, Februari 18, 2009
Peminat Magnet.....
Selasa, Februari 17, 2009
Bersalin Dalam Tandas???
Ini adalah artikel yang zura amik dari paper Berita Harian hari ini..yang terjadi di Kangar..ermm..salahkah perbuatan amah tu yang menyembunyikan bayinya kerana takut dimarahi dan selama 3 hari tu anaknya hanya diberikan air suam saja...itu pon majikan dia tak perasan...tapi bila dah dengar tangisan bayi...barulah terbongkar segala perbuatan amah tu..tapi bagi zura..walau apa jua kesalahannya..tapi amah nie masih mempunyai hati yang belas kasihan pada anaknya sendiri..bayangkan kalau amah tu buang bayinya..pastu hanya menunggu masa utk mati jika ditinggalkan @ dimakan oleh haiwan ker...walaupun amah tu tahu..dia telah terlanjur dan teman lelaki lak tak bertanggungjawab..meninggalkan dia yang tgh mengandung lak tu..setelah balik ke Indonesia..tapi hatinya masih sayang pada bayinya..sedangkan selama nie byk berita yang kita dengar mengenai pembuangan bayi yang tak bersalah tu...pastu ada la berita ttg perjumpaan bayi di surau, taman perumahan @ yang lebih menyedihkan..bila dijumpai di sungai, ditanam belakang rumah, dibuang dari tingkat tinggi...yang sudah pun tidak bernyawa..kadang-kadang zura sedih dgn fenomena sebegitu..kadang zura menangis kerana tergamak buat anak mereka begitu..sedangkan zura sendiri belum ada anak pun rasa sedih dgn hal sebegini..semoga kejadian buang anak tidak harus terjadi...selepas ini...
Bersalin dalam tandas takut majikan marah
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
YANTI dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar manakala bayinya masih mendapat rawatan di wad kanak-kanak. |
Amah buntu selepas teman lelaki pulang ke Indonesia
KANGAR: "Saya takut kakak (majikan) marah saya kerana mengandung, sebab itu saya beranak senyap-senyap dalam tandas," kata Yanti, 22, pembantu rumah warga Indonesia yang menyorok bayinya dalam laci almari di rumah majikannya yang juga seorang pegawai kanan polis, di sini.
Bagi Yanti, dia tidak mempunyai pilihan lain dan hanya itu jalan dapat difikirkannya ketika itu, apatah lagi teman lelakinya yang juga bapa kepada anaknya itu kini tiada di negara ini kerana sudah pulang ke kampung di Jawa, Indonesia.
"Saya buntu memikirkan penyelesaian, sedangkan tempoh untuk saya bersalin semakin hampir. Nasib baik perut saya tidak begitu besar dan mampu disembunyikan daripada pengetahuan majikan.
Akhbar kelmarin melaporkan pembantu rumah itu menyorok bayinya sejak tiga hari lalu dalam laci almari di bilik tidurnya, bagi mengelak daripada kewujudan anaknya itu disedari majikan.
Bagaimanapun, rahsia itu disedari selepas majikannya yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis mendengar suara tangisan bayi dari dalam bilik tidur berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.
Yanti ketika ditanya mengenai proses kelahiran berkata, dia terpaksa bersalin sendirian di tandas sebelah bilik tidurnya di tingkat bawah rumah itu pada malam Khamis lalu.
"Selepas bersalin, dalam keadaan sakit saya cepat-cepat membersihkan bayi yang masih berlumuran darah dan terus menyoroknya dalam laci almari. Uri pula saya buang ke dalam tong sampah di belakang rumah.
"Sepanjang tempoh itu, saya terpaksa berikan bayi saya minum air suam setiap kali lapar kerana susu badan masih tiada. Nasib baik dia (bayi) sihat dan tidak banyak meragam," katanya yang mengaku terpaksa menerima beberapa jahitan untuk mengelak pendarahan pada bahagian rahimnya.
Difahamkan, Yanti yang dibawa ke hospital oleh majikannya untuk pemeriksaan oleh pakar sakit puan kelmarin, disahkan baru beberapa hari bersalin.
Ia berikutan keadaan rahimnya ada kesan luka, selain kewujudan kelenjar susu yang aktif, yang biasa dialami wanita lepas bersalin.
Mengenai bayi berkenaan, katanya, dia akan tetap menjaganya sendiri dan tidak akan sekali-kali berpisah dengannya walaupun takdir menentukan dia dihantar pulang ke Indonesia.
"Saya sayang anak saya dan akan tetap menjaganya sendiri. Saya tidak akan sanggup berikan anak saya ini kepada sesiapa. Tolong jangan pisahkan anak saya dari saya," rintih Yanti sambil menitiskan air mata.
Sementara itu, Pengarah HTF, Datuk Dr Faiz Khan, ketika ditemui mengesahkan Yanti dan anak perempuannya kini dirawat di hospital berkenaan sejak pagi kelmarin.
Nasi Lemak & Umah Baru
Satu lagi berita gembira..bila zura dapat tahu yang tak lama lagi nak dpt kunci umah pada ujung bln nie takpun awal bln 3..umah yang zura & husband beli kat sp...harap-harap pasni dapatlah bertukar keje ke SP..balik SP je mesti tgk umah..bila tgk tu dah siap..tapi tak tau bila nak dapat kunci....Sebab tu petang tadi call pemaju....tanya pasal umah tu...Tak sabar nak dok umah sendiri....
Asyik Nak Marah Jer !!!!!!
Ya-Allah..hilangkan segala kekusutan yang melandaku...berikanlah aku kekuatan dan keimanan untuk menghadapi segala dugaan....
Isnin, Februari 16, 2009
Tobat Dah????
Jumaat, Februari 13, 2009
Sepanjang Kursus di INTURA
Ni gambar masa tangkap beramai-ramai pada hari ke 2 kursus...ni zura amik gambar dari kamera salah sorang peserta..kalau sapa yang pandai tu..cubalah teka..cari yg mana satu zura...? aritu minta anak menakan cari yg mana satu maklong...tapi teka salah...pastu bila dia tgk lain..barulah teka betul..hehehe..
Ni lak masa last kursus pada hari ke 4..sempat la snap dgn kwn-kwn...tak byk sgt ambil gambar masa kursus ni..ada lagi 2 kursus yang dipohon..tak tahulah dapat ke tidak..nanti.